Satu laporan diterima dari sahabat kita warga RTU:
Kami sebagai AJK yang dilantik suka mengalu-alukan respond dan juga pandangan daripada tuan puan warga Taman Raja Tun Uda dan jangan segan silu untuk melaporkan sebarang kecurigaan terhadap Pak Guard yang sedia ada sekarang.
Kami juga turut dimaklumkan ada juga seorang Pak Guard yang seakan menaikkan sedikit palang penutup jalan mengikut kadar boleh kenderaan-kenderaan seperti Kancil, Myvi, Alza, Proton wira dan kenderaan-kenderaan memasuki palang tersebut tanpa perlu menanti ianya dibuka oleh pak guard... Perkara ini juga akan dibincangkan bersama pemilik sykt security tersebut...
Semua sedia maklum menerusi WhatsApp, Twitter dan Facebook perkara-perkara seperti kejadian seorang lelaki yang menyamar sebagai pekerja TNB dan memasuki rumah kemudian merompak penghuni rumah terbabit... Kejadian-kejadian seperti inilah yang paling ditakuti berlaku nanti...
Dalampada itu, kami juga ingin memaklumkan kepada rakan-rakan warga Taman RTU yg bergiat aktif didalam rangkaian perniagaan MLM / Insurans / Herba Ubat-ubatan agar tidaklah terasa dengan isu seperti ini... Hal ini hanyalah kes-kes yang terpencil sahaja namun perlu diambil perhatian sewajarnya.
Sekian, Terima kasih.
"saya nak bagitau hari isnin lepas (20hb Januari 2014) taman kita ni telah didatangi orang yg kononnya nak periksa hos dapur gas, tapi kalau betul pun saya rasa agak merbahaya terutama kepada suri2 rumah dan anak2 kita. Jadi saya mengesyorkan agar jgn benarkan jurujual atau agen memasuki tmn kita melainkan dia ada buat appointment terlebih dahulu dan memaklumkan kepada security. Jika tidak ada, security perlu tegas dan jgn benarkan mereka masuk. Mohon pandangan semua. "Seorang lagi sahabat menambah:
klu xsilap 2 hari lepas budak tu masuk tmn, sy ada kat umah ms tu.. tp sy xbg msuk.. terus budak tu blik.. budak muda lg dlm 20-an"Seorang lagi menambah:
"Teman pun adanampak 2 budak dtg umah ke umah teman tegur dia x kate pe2 pun terus beredar tp x tau plk dia org naik pe"Justeru itu, pihak AJK Keselamatan telah dimaklumkan akan perkara ini dan satu maklumbalas diterima:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh... terima kasih dengan info ini... saya akan arahkan pak guard supaya tidak benarkan jurujual memasuki kawasan taman kita.. Sepatutnya perkara ini tak berlaku.. saya akan bincang dengan pemilik sykt security.. terima kasih.
Norazman AJK Keselamatan RT RTU(Info dari group WhatsApp RTU)
Kami sebagai AJK yang dilantik suka mengalu-alukan respond dan juga pandangan daripada tuan puan warga Taman Raja Tun Uda dan jangan segan silu untuk melaporkan sebarang kecurigaan terhadap Pak Guard yang sedia ada sekarang.
Kami juga turut dimaklumkan ada juga seorang Pak Guard yang seakan menaikkan sedikit palang penutup jalan mengikut kadar boleh kenderaan-kenderaan seperti Kancil, Myvi, Alza, Proton wira dan kenderaan-kenderaan memasuki palang tersebut tanpa perlu menanti ianya dibuka oleh pak guard... Perkara ini juga akan dibincangkan bersama pemilik sykt security tersebut...
Semua sedia maklum menerusi WhatsApp, Twitter dan Facebook perkara-perkara seperti kejadian seorang lelaki yang menyamar sebagai pekerja TNB dan memasuki rumah kemudian merompak penghuni rumah terbabit... Kejadian-kejadian seperti inilah yang paling ditakuti berlaku nanti...
Dalampada itu, kami juga ingin memaklumkan kepada rakan-rakan warga Taman RTU yg bergiat aktif didalam rangkaian perniagaan MLM / Insurans / Herba Ubat-ubatan agar tidaklah terasa dengan isu seperti ini... Hal ini hanyalah kes-kes yang terpencil sahaja namun perlu diambil perhatian sewajarnya.
Sekian, Terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan