Karnival Kesihatan "SIFARKAN DENGGI" KRT Zon Semenyih

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. 
Sumber : Wikipedia
Disebabkan penularan wabak Denggi yang begitu kronik sekali di negara kita dewasa ini, satu Program Karnival Kesihatan "SIFARKAN DENGGI" akan diadakan seperti butiran yang berikut;

Tarikh:         2hb Mac 2014
Masa:          7.30 pagi - 3.00 petang
Tempat:       Dewan Orang Ramai Semenyih 
Dirasmikan oleh YB Datuk Haji Johan Abd Aziz (Adun Kawasan Semenyih) bersama

  • Dr. Rushmini Maris (Poliklinik Penawar Semenyih)
  • Kementerian Kesihatan malaysia
  • Encik Shahrin Bin Haji Sharif (KRT Zon Semenyih)
  • Encik Mohd Sani Mohd Nor (Pengerusi KRT Taman Raja Tun Uda Semenyih)
Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah atas kerjasama diantara semua Kawasan Rukun Tetangga Zon Semenyih termasuk KRT Taman Raja Tun Uda sekali. 


Program ini merupakan anjuran Penyelaras KRT Zon Semenyih dengan kerjasama Poliklinik Penawar. Semua warga taman Raja Tun Uda serta warga-warga taman sekitar semenyih dijemput hadir bagi memeriahkan Program ini.





Pelbagai acara akan turut diadakan semasa Program Karnival Sifarkan Denggi ini berjalan. Antaranya Pertandingan Karaoke, Pemberian Ubat Denggi secara percuma dan banyak lagi. Semua Warga Taman disaran meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk memeriksa air bertakung di sekitar rumah masing-masing bagi mengelak pembiakan nyamuk aedes yang membawa wabak denggi.

Nyamuk aedes mampu membiak dalam takungan air serendah paras lima milimeter serta boleh bertahan sehingga enam bulan, jika tempat pembiakannya tidak dimusnahkan. Adalah diharapkan dengan Program-Program seperti ini akan dapat membantu mengurangkan lagi kadar jangkitan demam denggi dan seterusnya pembiakan nyamuk Aedes yang dikala ini telah menyebabkan 6 kematian diseluruh negara dan jumlah kes yang terkena jangkitan nyamuk aedes ini semakin meningkat dan terus meningkat.

 Pengerusi KRT Taman Raja Tun Uda menghadiri sesi perjumpaan untuk Program Karnival "SIFARKAN DENGGI" Khamis lepas.
Penyelaras KRT Zon Semenyih sedang memberikan taklimat untuk Program Karnival "SIFARKAN DENGGI" Khamis lepas.

Ulasan