Buletin KRT Taman Raja Tun Uda Edisi 10/2014 adalah dirujuk.
Kami selaku AJK Keselamatan Taman Raja Tun Uda berharap agar semua penduduk yang melalui jalan di Fasa 1 terutamanya dan jalan-jalan sekitar Taman Raja Tun Uda agar dapat memandu kenderaan dalam keadaan perlahan disamping dapat berhati-hati melihat "kenakalan dan gelagat" kanak-kanak semasa berada di dalam kawasan Taman RTU untuk mengelakkan insiden buruk dan kemalangan berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.
Peringatan ini sentiasa diulang-ulang didalam setiap Buletin KRT Taman Raja Tun Uda. Isu mengenai ada sesetengah pemandu yang membawa kenderaan terlalu laju melebihi 40km/j sememangnya banyak mengundang kemarahan penduduk. Biarpun sudah ditegur namun mereka masih mengambil sikap acuh tak acuh. Diharap peringatan ini tidak dianggap remeh oleh semua penduduk warga RTU agar kita menjadi jiran tetangga yang lebih prihatin dan berwaspada.
Sungguhpun begitu, pihak kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak mereka terutamanya ketika keluar dari pintu pagar rumah. Ini kadang kala boleh menyebabkan kemalangan juga memandangkan kenderaan yang kemungkinan membawa dalam keadaan perlahan tidak tersangka kanak-kanak akan melintas didepan mereka. Justeru, kita sebagai mak ayah perlu juga memainkan peranan mengingatkan anak-anak kita agar lebih berhati-hati ketika bermain terutamanya dijalan-jalan raya. Adakalanya kelihatan juga kanak-kanak ini seakan endah tak endah bila kenderaan lalu didepan mereka. Ada juga dikatakan menepuk-nepuk kenderaan yang sedang berjalan sambil berlari mengejar kenderaan tersebut.
Sama-samalah kita meningkatkan keprihatinan dan kewaspadaan terhadap perkara ini agar tiada kemalangan jiwa yang akan tercatat di dalam Taman Raja Tun Uda yang diketahui memiliki penghuni-penghuni yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Mohon kerjasama semua penduduk agar dapat memastikan kecelakaan tidak berlaku di taman ini, InsyaAllah.
Segala permasalahan bolehlah berhubung dengan AJK seperti berikut:-
Pengerusi RT:
En. Mohd Sani - 013-6237800
Timb. Pengerusi:
Encik Tukiran - 016-2834237
Setiausaha RT:
Encik Khairil Akmal - 012-3465262
Bendahari:
Encik Zairil - 019-2167528
Unit Keselamatan:
Encik Norazman - 012-2156055
Ulasan
Catat Ulasan