Sumbangan Ikhlas Buat Warga RTU oleh Biro Kebajikan...

Menerusi satu Mesyuarat Khas AJK dan Ketua Blok RT Raja Tun Uda, satu resolusi telah berjaya dicapai mengenai isu bagi mengimarahkan lagi Biro Kebajikan yang diketuai oleh Encik Shahrizan Hassan (Sarjan Hassan) bersama pembantunya Encik Mahathir Abd Aziz dimana pihak RT Raja Tun Uda menerusi kutipan duit dari Tabung kebajikan (sumbangan yang dikutip dari kebanyakkan AJK dalam mesyuarat ini) dan juga duit lebihan dari Kutipan Wang Security sedia ada akan dikembalikan semula kepada warga taman...

Wang kutipan ini akan diserahkan semula kepada warga Taman Raja Tun Uda mengikut skop pemberian seperti berikut:
1) Kematian - Suami isteri dan anak yang berada di Taman Raja Tun Uda.
                    - termasuk ibu bapa dan juga mertua (ayah dan ibu)
                    - yang menetap kekal di Taman Raja Tun Uda sahaja.
                     - Jumlah sumbangan ialah sebanyak RM50 seorang.

2) Kelahiran - Bermula Januari 2014 dan seterusnya sehingga sekarang.
                    - Penduduk yang menetap kekal di Taman Raja Tun Uda sahaja.
                    - Jumlah sumbangan ialah sebanyak RM50 seorang.

3) Sakit        - Penyakit yang membawa kepada kemasukan wad di Hospital (Surat hospital diperlukan)
                    - Jumlah sumbangan tertakluk kepada budibicara Pengerusi dan AJK KRT RTU.

Berikut adalah mereka-mereka yang pernah menerima sumbangan dari pihak Biro Kebajikan:-

Ada lagi sumbangan yang diserahkan kepada penduduk, maklumat terperinci akan disalurkan didalam buletin RTU dimasa-masa akan datang.

Sebarang pertanyaan bolehlah disalurkan kepada saya, Shahrizan Hassan (Sarjan Hassan, Rumah No. 19 Jalan 2) menerusi WhatsApp : 017-6693132.

Terima kasih.

Ulasan