Isu Keselamatan Penduduk Taman Sering Diutamakan AJK Keselamatan...

Kami dimaklumkan menerusi whatsApp Group Taman Raja Tun Uda 2 dan group whatsApp Taman Raja Tun Uda yang lain tentang adanya seorang Pak Guard yang mengetuk-getuk pintu rumah dan meminta dengan kasar (mungkin?) agar penduduk menutup pintu pagar dan pintu rumah mereka sejak akhir-akhir ini. 

Isu ini timbul lagi pada 4hb April 2014 bilamana salah seorang penduduktaman Raja Tun Uda Jalan 2 yang baru balik kerja dengan penat lelahnya diminta agar menutupkan pintu rumahnya oleh pak guard tersebut sehingga melahirkan rasa kurang senang penduduk itu dengan tindakan pak guard tersebut yang dikatakan seakan memaksa beliau menutup pintu pagar dan pintu rumah sekitar jam 11-12 malam atas alasan yang tidak dinyatakan.



Sekiranya penduduk merasakan tindakan pak guard tersebut seakan mengganggu kelancaran perjalanan kehidupan penduduk, maka adalah dinasihatkan agar memaklumkan terlebih dahulu kepada AJK Keselamatan dan pihak AJK Keselamatan sendiri yang akan menasihati pak guard tersebut agar tidak berbuat demikian lagi di rumah penduduk yang mengajukan permasalahan ini.

Di pihak AJK Keselamatan, tindakan pak guard tersebut mempunyai sedikit kewajarannya kerana kemungkinan besar bagi mengelakkan berlakunya kejadian pecah rumah dan kecurian disamping jika sekiranya pintu rumah dibuka luas diwaktu malam misalnya, atau dikala sememangnya tidak kelihatan penghuni didalam rumah tersebut, bukankah itu akan menjadi perkara mudah bagi pencuri untuk memasuki rumah dikawasan ini.

Walaubagaimanapun, pihak AJK Keselamatan ingin menegaskan bahawa tiada kompromi bagi mereka-mereka yang tidak mempunyai pelekat keselamatan Taman Raja Tun Uda untuk memasuki Taman ini dengan sewenang-wenangnya tanpa perlu mendapatkan kebenaran dari Pondok Pak Guard terlebih dulu.

AJK Keselamatan juga memantau pergerakan pak guard dari semasa ke semasa dengan meletakkan peti surat dimana Pak Din Jalan 1 dan Abang Nazri Jalan 1/4 Fasa 2 akan memantau pak guard sama ada mengikut arahan atau tidak... mana-mana kenderaan luar akan diminta menyerahkan lesen memandu dan akan direkodkan oleh pak guard agar tidak mudah memasuki kawasan taman ini. Peti surat berserta buku rondaan akan disediakan dan pak guard akan merekodkan setiap kali rondaan dibuat.  

Moga dengan penjelasan ini akan memberikan sedikit kelegaan buat kita semua dan kami berharap janganlah ada penduduk yang terus melulu memarahi pak guard yang menjalankan tugas mereka mengikut budibicara mereka. Sekiranya terdapat rasa tidak puashati dengan tindakan pak guard haraplah dapat berbincang dahulu dengan pihak AJK Keselamatan agar tindakan penduduk tidak merencatkan lagi proses keselamatan ditaman ini. Untuk mencari pak guard baru dengan harga yang berpatutan dan dengan kerja yang mereka usahakan bukanlah satu perkara yang mudah.

Diharapkan sekali lagi jika ada sebarang kemusykilan bolehlah mengutarakan persoalan tersebut secara berdepan samaada dengan AJK Keselamatan yang diketuai oleh Encik Norazman (012-2156055). atau ajk keselamatan yang lain. Sekian, terima kasih.

Ulasan

  1. Terima kasih kepada admin yang sentiasa menyampaikan info-info yang terkini untuk rujukan warga RTU..
    Untuk warga RTU, sekiranya sebarang isu/masalah.. kita gunakan@ ikut lah saluran yang sepatutnya...

    BalasPadam

Catat Ulasan