Assalamu'alaikum wbt.
Bermula pada 31 hb Mei 2014 iaitu pada Hari Sabtu yang lalu suatu Program Gotong Royong telah diadakan sekitar pondok Pengawal di Taman Raja Tun Uda ini. Tujuan program ini diadakan bagi membersihkan pondok pengawal, mengecat pondok tersebut disamping menyediakan awning yang lebih baik agar pengawal yang bertugas tidaklah kepanasan dan dibasahi hujan.
Disamping itu juga, dengan kehadiran kabin yang diletakkan bertentangan dengan post pengawal tersebut... maka diadakan juga upacara membancuh simen untuk dijadikan jalan dihadapan pintu kabin dan seterusnya menyediakan tangga untuk memasuki pintu kabin tersebut.
Jumlah kedatangan warga taman adalah amat memuaskan namun perlu lagi diperbaiki dimasa-masa akan datang kerana gotong royong ini berlanjutan dari 31 Mei hinggalah ke 7 Jun 2014. Disamping itu kemungkinan besar setiap minggu sebelum tibanya bulan Ramadhan upacara gotong royong ini akan diteruskan lagi demi mengindahkan dan memastikan keselamatan Taman sentiasa terjamin.
Berikut gambar-gambar sempena program tersebut yang sempat diambil. Maaf jika ada yang tertinggal. Wassalam.

Ulasan
Catat Ulasan