Semangat kejiranan semakin hari semakin longgar dan pudar
dikalangan masyarakat kita hari ini. Mungkin ramai yang menyalahkan keadaan
semasa dan situasi dimana kebanyakkan isi rumah masing-masing mempunyai kerjaya
dan pekerjaan sendiri yang membelenggu mereka untuk bersuai-kenal dan saling
tolong menolong antara satu sama lain. Namun ini bukanlah suatu alasan yang jitu dan boleh diterima pakai.
Semangat kejiranan
merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam
kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang
dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada
banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan
kerana memang ada kepentingannya.
Langkah awal ialah
masyarakat perlu didik dan perlu diberikan satu ilmu pengetahuan mengenai
pentingnya menghidupkan semula konsep rukun tetangga di kawasan perumahan
mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan
terutama pada malam hari.Setakat hari ini, pendekatan yang digunapakai oleh RT Taman Raja Tun Uda ialah dengan mengupah Security Guard dengan bayaran RM50 sahaja.
Disamping itu dengan adanya Rukun Tetangga, banyak aktiviti dan tugasan dapat dilakukan secara bersama. Semua aktiviti yang telah dijalankan sebagai contoh di Taman Raja Tun Uda seperti Sambuatan Maulidur Rasul, Program Gotong Royong Perdana, sambutan Sempena ketibaan Ramadhan yang akan berlangsung pada 21hb Jun 2014 nanti diharap akan dapat menyemai benih-benih cinta dan kasih sayang antara sesama kita.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan biasanya memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira darjat, kedudukan ditempat kerja mahupun uniform yang dipakai oleh penduduk. Dengan pembabitan semua golongan ini samaada orang atasan, orang pertengahan mahupun sekadar mereka-mereka yang berada dikelas bawahan akan dapat menjamin semangat setiakawan diperkukuhkan.
Percayalah,
dengan adanya Rukun Tetangga… dengan adanya kemesraan diantara semua penduduk
terutama warga Taman Raja Tun Uda sudah barang tentu segala masalah, segala
kegiatan kecurian, segala jenis jenayah akan dapat dibendung sehingga ke
akarnya!
Selain
itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak
setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu
menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan
mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat
kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis-majlis sebegini.
Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.
Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah segera. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting didalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.
Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?”

Topik yg menarik..elok utk kita sama2 baca dan renungkan... trm kasih admin kita, blog ini sentiasa byk input2 bermanfaat. .
BalasPadam