Bagi isu pencabulan dunia Palestin, ramai yang tak dapat melihat punca masalahnya termasuk para pemimpin negara. Diringkaskan di sini, punca sebenar masalah ini ialah kekuatan Yahudi dan Nasrani berbanding umat Islam. Jika kita lihat di dalam Al-Quran, bagaimana sifat-sifatnya kaum Yahudi, Nasrani dan umat Islam itu.
Yahudi dan Nasrani sekarang ialah Yahudi dan Nasrani Realiti
Dalam Al-Quran disebutkan yang maksudnya;
Umum mengetahui bahawa Israel dan Amerika adalah sekutu yang kuat. Mengikut sejarahnya, sokongan Amerika terhadap pencerobohan Israel terhadap Palestin telah bermula secara rasmi sejak tahun 1917 yang dinyatakan sendiri oleh Presiden Amerika pada ketika itu iaitu Presiden Kennedy. Sejak itu, segala aktiviti pencerobohan Israel telah mendapat pembiayaan, sokongan dan keizinan oleh Amerika.“Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. ”(Maksud ayat 73, Surah Al-Anfaal)
Ini adalah salah satu sifat kaum Yahudi dan Nasrani yang terus ada di dalam kehidupan mereka. Apa yang diceritakan di dalam A-Quran berkenaan mereka, adalah sama sejak zaman keingkaran mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sehinggalah kini. Mereka terus saling tolong-menolong sesama mereka di dalam memusuhi Umat Islam.
Umat Islam sekarang ialah Umat Islam Ilusi
Berlainan pula dengan umat Islam, umat Islam sekarang ini ialah umat Islam yang dinilaikan sebagai ilusi sahaja jika ingin dibandingkan dengan umat Islam pada zaman awal kemunculannya. Di sebutkan di dalam Al-Quran yang maksudnya;
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”(Maksud ayat 104, Surah Al-Imran)
Itu adalah salah satu sifat umat Islam yang disebutkan di dalam Al-Quran selain banyak lagi sifat yang lain. Satu sifat ini sahaja pun, kita telah nampak betapa umat Islam hari ini hanyalah khayalan kepada sifat umat Islam yang sepatutnya ada.
Realiti vs Ilusi
Maka, andai kita bandingkan yang realiti dan ilusi, siapakah yang lebih berkuasa atau menang? Contohnya ada satu tokoh pejuang yang gagah yang sangat diingati telah meninggal dunia, lalu dibinakan satu patung peringatan yang besar ditempatkan di pusat bandar.
Pada satu hari, hinggap seekor burung pipit dihidungnya. Sebelum terbang ke tempat lain, si burung pipit ini telah melepaskan najisnya di hidung si pejuang gagah ini. Maka, siapa yang menang? Si burung pipit ini atau si pejuang gagah?
Jawabnya ialah si burung pipit yang kecil itu kerana wujudnya ialah secara realiti, manakala si tokoh pejuang gagah itu pula hanyalah khayalan atau ilusi. Dia tak mampu berbuat apa-apa walaupun terhadap si burung pipit yang kecil itu.
Begitu jugalah kita, umat Islam yang sekarang ini hanyalah umat khayalan kepada umat Islam terdahulu, sedangkan musuh Islam terutamanya Yahudi adalah umat yang sifatnya adalah realiti. Jadi, mampukah kita mengalahkan mereka dengan keadaan kita sekarang ini?
Kesimpulan respon terbaik terhadap pencabulan Gaza
Setelah membaca artikel panjang ini, dapatlah kita lihat bahawa respon yang terbaik terhadap isu pencabulan bumi Palestin ini adalah kita memperbetulkan puncanya, iaitu dengan menjadikan umat Islam kini sebagai umat Islam yang realiti, di samping kita boleh cuba mengubah kaum Yahudi dan Nasrani kepada kaum yang ilusi.
Usaha ini diakui tidak dapat dilaksanakan secepat dan sepantas bentuk respon meluahkan perasaan dan memperbetulkan masalah, seperti pantasnya boikot dan kecaman dapat dibuat. Ia memerlukan jangka waktu yang panjang dan berterusan.
Jadi, sama-samalah kita fikirkan, apakah peranan kita untuk memperbetulkan punca masalah ini? Sebagai panduan, disenaraikan sedikit apakah yang sepatutnya kita buat pada waktu ini dan perlu diteruskan dari generasi ke generasi seterusnya.
Contoh cara memperbetulkan Umat Islam yang hanya ‘ilusi’
- Mendidik anak-anak kecil dan masyarakat agar kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar.
- Mendidik anak-anak kecil mengenali siapa itu Yahudi dan Nasrani.
- Mendedahkan kepada semua umat Islam berkenaan perangkap-perangkap tersembunyi Yahudi dan Nasrani di dalam kehidupan seharian kita.
- Berhati-hati terhadap perangkap-perangkap Yahudi dan Nasrani dan cuba mengelakkannya.
Sama-samalah kita berubah, kembali kepada Islam yang tulen. Semoga Yahudi tidak mampu lagi mencabuli Palestin, semoga bantuan Allah kembali kepada kita apabila kita kembali kepada Islam, semoga kita mendapat redha Allah di dunia, dan di akhirat.
Sekian, semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada kita semua. Salam maaf dan terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan