Mendambakan bantuan dan pertolongan dari semua warga RTU...

Menerusi Buletin KRT Taman Raja Tun Uda edisi ke-12/2014 telah diwar-warkan mengenai Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Selangor.

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Hulu Langat telah memilih KRT Raja Tun Uda menyertai Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2014 yang akan dinilai pada 30hb Ogos 2014 (Sabtu) jam 10 pagi.

Justeru itu, besarlah harapan kami semua selaku Ahli Jawatankuasa KRT Raja Tun Uda Semenyih agar dapat melihat kesemua warga Taman Raja Tun Uda samada di Fasa 1 atau Fasa 2 dan juga Fasa 3 untuk sama-sama mengambil bahagian didalam Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini.

Beberapa aktiviti dan juga program telah disusun atur oleh pihak yang dipertanggungjawabkan bagi memeriahkan lagi Program Kibarkan Jalur Gemilang ini antaranya;



1) Pada 24hb Ogos 2014 bersamaan Hari Ahad akan diadakan Program Gotong Royong bagi membersihkan kawasan persekitaran Taman Raja Tun Uda bermula jam 8.30 pagi. Semua penduduk Taman Raja Tun Uda digesa untuk sama-sama menyertai program tersebut dan menjaga kebersihan rumah masing-masing sehingga hari penilaian pada 30hb Ogos 2014.

2) Pertandingan Rumah Paling Ceria dan Mengikut Tema Kibarkan Jalur Gemilang (Semangat Patriotik) peringkat taman RTU. Penyertaan terbuka kepada semua penduduk taman. Penilaian akan dibuat oleh juri-juri jemputan berdasarkan 3 krateria iaitu Keceriaan (30 markah), Kreativiti (30 markah) dan nilai patriotik (40 markah). 3 nama pemenang akan dipilih dan diumumkan pada majlis sambutan Bulan Kemerdekaan dan Jamuan Hari Raya pada 30hb Ogos 2014.

3) Aktiviti Senamrobik dan Perarakan Hari Kemerdekaan. Ia akan diadakan pada 30hb Ogos 2014 (Sabtu) bertempat di Perkarangan Taman Permainan RTU jam 8.30 pagi. Acara ini melibatkan ibu bapa dan golongan dewasa. Selepas itu acara perarakan mengibarkan Jalur Gemilang akan diadakan melibatkan anak-anak warga taman RTU. Bendera akan disediakan sebagai galakan untuk pada peserta.

4) Program Sambutan Kemerdekaan dan Jamuan Hari Raya Peringkat Taman pada 30hb Ogos 2014 bermula jam 8.30 malam. Pihak AJK KRT akan mengadakan gotong royong untuk menyediakan makanan pada malam berkenaan. Tempat akan diumumkan didalam group WhatsApp kemudian.

5) Kutipan sumbangan sebanyak RM20.00 setiap rumah untuk menampung kekurangan didalam perbelanjaan Jamuan Hari Raya yang dirancang pada 30hb Ogos 2014 (Sabtu). Borang telahpun dihantar dan minta diisi oleh semua warga RTU sebelum 26hb Ogos 2014 (Selasa) kepada AJK KRT yang telah dilantik sebelum ini.

6) Cabutan Bertuah kepada penduduk yang hadir pada Program Jamuan Hari Raya yang akan dicabut berdasarkan No. Rumah yang hadir. Hamper-hamper sumbangan dari beberapa Syarikat sekitar Semenyih telah berjaya dipohon dan berkemungkinan besar sebanyak lebih 50 buah hamper akan disediakan pada malam tersebut.

Semua warga Taman Raja Tun Uda digalakkan memakai Baju melayu untuk lelaki dan berbaju kurung untuk wanita. Kerjasama dari penduduk akan memantapkan lagi program yang julung-julung kali diadakan ini dan berbajet besar lebih dari bajet-bajet untuk program-program sebelum ini.

Sebarang pertanyaan dan cadangan bolehlah diutarakan kepada AJK KRT RTU seperti berikut:-

Pengerusi 
En. Mohd Sani (013-6237800)
Timbalan Pengerusi
En. Tukiran Ramli (016-2834237)
Setiausaha
Ustaz Khairil Akmal (012-3465262)
Bendahari
Cikgu Zairil Zainon (019-2167528)

Tema Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-57

"Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"


Ulasan

  1. Bulat air kerana bentungnya, kuat manusia kerana muafakatnya..
    Hidup setakat, membawa berkat..
    Moh kite. .pakat turun beramai-ramai..

    BalasPadam

Catat Ulasan