Pada tahun 2014, negara kita bakal menyambut hari kemerdekaan yang ke-57 dimana pada tahun ini sememangnya negara Malaysia menjadi perhatian dunia bilamana kejutan demi kejutan berlaku terhadap pesawat Malaysia Airlines System (MAS) iaitu MH370 dan juga MH17.
Mungkin secara kebetulan angka 7 dilihat sebagai angka yang memberi simbol yang agak mengerunkan bagi sesiapa yang melihatnya... namun perlu juga diingatkan disini bahawa angka inilah yang menjadi jumlah sebenar bagi ayat didalam Ummul Kitab yakni Surah Al-Fatihah yang sentiasa dibaca didalam solat kita setiap hari. Mudah-mudahan hari kemerdekaan yang ke - 57 ini bakal menjadi angka keramat bagi KRT Taman Raja Tun Uda yang bakal mengadakan Sambutan Merdeka Raya 2014 pada 30hb Ogos 2014 nanti..
Beberapa persiapan seperti menghias kawasan kediaman, membuat hiasan pintu gerbang (pintu masuk) dan pengibaran Jalur Gemilang di tiang-tiang eletrik disekitar Taman ini sedang giat diusahakan oleh sahabat-sahabat kita yang bertungkus lumus mencurahkan keringat mereka untuk menjayakan program ini. Segala usaha yang mereka dambakan hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.
Sebagai satu komuniti yang sedang membangun maju walaupun diusia setahun jagung, kemeriahan yang ditunjukkan oleh seluruh warga Taman Raja Tun Uda didalam menjayakan setiap program dan aktiviti di Taman ini sememangnya memberikan impak yang besar kepada Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN). Buktinya, KRT Taman Raja Tun Uda Semenyih telah terpilih menjadi satu-satunya KRT yang bakal mewakili Daerah Hulu Langat untuk ke "Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2014" yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN).
InsyaAllah, dengan usaha yang bersungguh-sungguh, dengan bantuan dana kewangan dari pelbagai pihak, dan dengan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi dari semua penduduk, Program Sambutan Merdeka Raya 2014 bakal menjadi program terbaik dan terhebat sekali didalam catatan sejarah di Taman Raja Tun Uda Semenyih ini.
Sekian, Salam Idulfitri dan Salam Hari Kemerdekaan dari kami AJK KRT RTU 2014.
Wassalam.

Jom, warga RTU kita sama2 semarakkan sambutan kemerdekaan ke 57..MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
BalasPadamMerdeka...merdeka..merdeka
BalasPadam