Laporan Mesyuarat Agung Tahunan KRT RTU 2014-2015

Alhamdulillah..  Bertempat di Anjung Temu (kabin RTU) pada 21hb Disember 2014 telah berlangsung perjumpaan diantara semua penduduk Taman Raja Tun Uda Semenyih bersama pihak pengurusan Kawasan Rukun Tetangga Taman Raja Tun Uda Semenyih bagi tujuan untuk pembentangan segala aktiviti dan bagi tujuan perlantikkan dan pembubaran AJK KRT RTU sesi 2013-2014. 

Antara agenda yang telah dibentangkan antaranya adalah mengenai Laporan kewangan KRT RTU bagi tahun berakhir 31.12.2014 yang mana telah di sampaikan oleh Cikgu Zairil Zainon selaku Bendahari KRT RTU sesi 2013-2014. 


Cikgu Zairil turut memberikan setiap butiran terperinci dari mana dan ke mana semua duit KRT dibelanjakan.  Dari sekecil - kecil aktiviti hinggalah sebesar besar aktiviti yang diharungi oleh semua penduduk Taman seperti majlis sambutan MerdekaRaya dan Kempen Kibar Jalur Gemilang yang melibatkan kos yang cukup besar,  majlis sambutan Maulidur Rasul,  aktiviti gotong-royong dan sebagainya lagi.
Disamping itu,  mengenai bayaran security, setiap 5hb merupakan hari yang paling beliau takuti dan beliau bimbangkan kerana pada hari tersebut beliau perlu menyediakan wang bayaran security untuk perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh pihak security. 

Sekiranya bayaran tidak mencukupi, bagaimana beliau hendak membayarnya?. Hendak menggunakan duit KRT sendiri,  banyak manalah tinggal nya..  Nak gunakan duit sendiri,  banyak pula rumah yang hendak di cover.  

Disebabkan itu perkara ini sering menjadi titik permulaan untuk AJK dan ketua blok merasa bimbang dan memulakan kata kata yang tidak begitu enak dibaca atau di lihat dikaca Smartphone masing-masing. 
Setelah itu, Laporan aktiviti sepanjang tahun 2014 turut dibentangkan oleh Tuan Pengerusi KRT RTU iaitu Encik Mohd Sani Mohd Nor. 

Didalam ucaptama beliau,  ada juga dinyatakan kepada semua penduduk agar tidak terlalu banyak mengkritik berbanding lebih banyak memberikan bantuan kepada ahli jawatankuasa KRT yang lain didalam menjalankan tugas mereka. 

Ini kerana semua ahli jawatankuasa kuasa yang dilantik adalah secara suka rela dan ikhlas niat kerana Allah..  Jika sekiranya mereka dibayar gaji untuk melaksanakan tugas mereka maka bolehlah beliau memaksa atau mewajibkan mereka menjalankan tugas yang diberikan. Jika tidak maka bolehlah dikenakan tindakan buang kerja,  tindakan tatatertib dan sebagainya lagi. 

Disini Pengerusi turut berbesar hati mengalu - alukan sesiapa sahaja yang sudi membantu sekiranya inginkan pembayaran duit security dibuat secara online kerana beliau telah pun berbincang dengan semua ajk beliau sebelum ini dan semuanya tidak mahu dan tidak mampu melaksanakan tugas mereka mengutip bayaran secara online. Sedangkan mengutip secara offline pun kena tunggu waktu malam atau selepas balik kerja. 
Mengenai isu keselamatan penduduk, beliau ingin menegaskan bahawa jika sekiranya berlaku kematian penduduk atau perbuatan rogol misalnya di Taman ini..  Impaknya bukan sahaja dirasai oleh seluruh keluarga penghuni rumah tersebut, namun juga seluruh penduduk Taman.. 

Bayaran security yang sedikit itu sebenarnya tidak mampu mengembalikan nyawa penduduk yang terbunuh atau dibunuh oleh perompak atau tukang pecah rumah ini malah bayaran security yang sedikit itu sebenarnya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sepasang tangan dan kaki yang terkena parang..  Tidak ada nilai bagi nyawa yang mampu dibayar oleh kita sebagai manusia..  

Justeru,  beliau merayu dan meminta agar penduduk Taman dapat buang kan sikap pentingkan diri sendiri dan berfikiran bahawa "aku tidak mampu nak bayar security guard" "buat apa bayar sebab tiada kepastian pun yang rumah aku takkan dipecah orang " dan sebagainya lagi kerana jumlah bayaran tersebut tidak mampu membeli nyawa manusia.

Sistem pembayaran bagi security guard juga tidak akan dibuat secara online buat masa ini disebabkan belum ada lagi mana mana ahli jawatankuasa KRT yang sanggup melaksanakannya.  Bayangkan jika kita memasukkan duit ke dalam Account penerima tersebut sekali bila hendak dikeluarkan duit dlm Account tidak cukup..  Dah satu kerja pulak penerima yang perlu mengeluarkan duitnya sendiri atau dikenakan charge untuk transaksi yang telah dibuat.. 

Banyak lagi nasihat yang diberikan oleh Pengerusi yang tidak sempat direkodkan kerana setiausaha KRT masih berada di kampung tatkala itu.
Timbalan Pengerusi KRT RTU Wak Tukiran turut memberikan sepatah dua kata dan sambil berseloroh beliau memaklumkan bahawa isu kucing pun terpaksa dibawa ke persidangan mesyuarat KRT..  Hihihi..
Jumlah kehadiran agak kurang memberangsangkan namun mungkin disebabkan keadaan cuti sekolah dan penduduk Taman turut ramai yang masih bercuti di kampung halaman masing-masing.

"PERPADUAN BERSAUDARA"
"SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT INIKAN PULA KITA BERSAUDARA"

Sekian terima kasih.

Ulasan