Gaya Hidup Sihat - Sukaneka RTU 2015

Menerusi mesyuarat bersama Ahli jawatankuasa KRT RTU dan Biro Sukan &  Rekreasi Taman Raja Tun Uda Semenyih semalam maka dimaklumkan bahawa pada 12/4/2015 akan diadakan Program Gaya Hidup Sihat - Sukaneka RTU 2015.

Acara ini dicadangkan pada jam 7.30 pagi dan dibuat di Perkarangan Taman Permainan Raja Tun Uda Semenyih.  Sedikit bayaran akan dikenakan kepada penduduk yang berminat untuk menyertai Sukaneka RTU 2015 ini sebanyak RM20. Cadangan asal adalah sebanyak RM15 namun setelah diambil kira kos makanan dan mendapatkan khidmat jurulatih Sukan yang lebih bertauliah maka ianya digenapkan sebanyak rm20.

Borang maklumat penyertaan dan bayaran akan diserahkan kepada semua penduduk Taman didalam masa terdekat.  Diharap program program sebegini dapat mengeratkan silaturahim dan kemesraan antara seluruh penduduk Taman.  Sekian,  terima kasih.

Ulasan