Isu Security Guard yang tidak pernah selesai..

Sebenarnya dah acapkali didengari keluhan dan rintihan penduduk mengenai pak guard yang telah dilantik untuk menjaga keselamatan di kawasan kejiranan Taman Raja Tun Uda ini... Sememang banyak perkara yang jika hendak diceritakan maka takkan habis dengan satu muka surat sahaja dan takkan selesai dengan tanpa 1000 oatah perkataan dalam karangan saya ini...



Cumanya ada beberapa standard operations procedure (SOP) yang telah tidak diamalkan oleh pak guard sekarang ini yang menyebabkan ramai penduduk seakan kurang senang dengan tingkah laku mereka... Sepatutnya jika ada pemandu kenderaan yang tidak mempunyai pelekat kenderaan Taman Raja Tun Uda maka kenderaan tersebut perlu ditahan dan boleh diberikan kad atau pelekat untuk memaklumkan bahawa mereka adalah Visitors atau Technical etc.. namun hal ini tidak berlaku lagi sekarang.

Disamping pak guard ini pun kadangkala didapati terbungkang tertido diwaktu pagi dan ini sememangnya disedari oleh beberapa kalangan penduduk yang bekerja lewat malam. Nak ditegur takut mereka melenting dan apabila di hon kadangkala makan berkali-kali juga perlu menekan hon kenderaan tersebut baru pak guard ini membuka pintu halangan masuk ke kawasan taman.

Justeru, atas beberapa sebab dan sebenarnya seperti yang dimaklumkan sebelum ini bahawa ada banyak lagi masalah pak guard baru ini.. namun memadailah untuk dituliskan beberapa sahaja masalah agar kita sendiri pun takde masalah lagi dengan pak guard nanti...

Suatu perbincangan bersama seorang penduduk otai dikawasan ini sedang didalam proses mencapai kata sepakat... dan sekiranya perbincangan ini berhasil maka akan ada security guard kawasan Taman raja tun uda yang baru dan lebih berterampilan untuk menjaga keselamatan anak-anak, isteri suami dan keluarga kita semua...

Mudah-mudahan semuanya akan segera berakhir. Terima kasih.

Ulasan