Sukaneka RTU 2015 berjalan sempurna.

Bermula pada jam 7.29 pagi waktu Malaysia,  12hb April 2015 di Perkarangan Taman Permainan Raja Tun Uda Semenyih suatu aktiviti senamrobik telahpun bermula.

Aktiviti senamrobik ini telah diketuai oleh seorang pengajar profesional yang dijemput khas untuk menunjukkan kaedah sebenar bersenam.  Dianggarkan selama sejam aktiviti senamrobik ini dijalankan.

Selepas itu,  aktiviti Sukaneka pun bermula.  Pelbagai acara di pertandingan dan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu kategori anak berumur 1-4 tahun, 5-7 tahun, 8-12 tahun, 13-17 tahun dan beberapa acara dewasa. Antara acaranya ialah  membawa belon menggunakan sudu,  acara memasukkan air ke dlm botol,  disamping turut disertakan acara bagi golongan dewasa yang sangat menarik.

Acara melukis dan mewarna juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan ini membuktikan bahawa penduduk Taman Raja Tun Uda Semenyih sememangnya kehausan dengan aktiviti seperti ini.
InsyaAllah,  jika sambutan sudah menggalakkan maka sudah barangtentu aktiviti seperti ini akan diteruskan di masa masa akan datang.

Sekian saya melaporkan untuk blog KRT RTU,  Majulah Sukan Untuk KRT.

Sarjan Hassan.













Ulasan