Antara Streamyx, Unifi dan Broadband…

Alhamdulillah… Saya baru dihubungi oleh pihak TM Unifi memaklumkan bahawa port kabel bagi mendapatkan akses kepada Internet berkelajuan tinggi atau lebih dikenali sebagai UNIFI telahpun berada di Taman Raja Tun Uda ini… Terima kasih kepada seorang sahabat saya yang menjadi kontraktor pemasangan port Unifi ini disini.


Namun begitu, jika dahulu harga Unifi adalah sekitar RM149 hingga ke RM200 (boleh layari laman web TM sendiri) sahaja namun untuk yang baru ini ialah RM199 jika termasuk GST adalah sekitar RM210.49. Kos yang sebegini dengan kelajuan 30Mbps  sungguhpun nampak seakan berbaloi namun memerlukan ‘perbincangan semula dan pertimbangan teliti’ bagi kita yang hanya menggunakan internet sekadar untuk memenuhi masa lapang, hiburan sekeluarga dan bukannya untuk tujuan perniagaan. Disamping dengan kegawatan ekonomi Negara yang dikala ini resah dengan pelbagai masalah ketirisannya bermakna harga langganan untuk internet jalur lebar berkuasa tinggi ini perlu diteliti semula oleh pihak TM Unifi..

Sungguhpun sebenarnya ada pihak telah cuba membekalkan jalur lebar berkelajuan tinggi ini selain TM Unifi seperti di laman web ini TIME dengan jumlah RM149 dengan 100Mbps namun untuk ianya berada disekitar kawasan taman kita ini mungkin memerlukan penantian selama 2 hingga 3 tahun lagi sama dengan penantian kita untuk memiliki Unifi sebelum ini.. huhuhu..

Justeru, tepuk dada tanya selera anda... Internet adakalanya mempunyai keburukan tersendiri dan ianya seperti pisau yang boleh memberi manfaat sekiranya digunakan secara betul dan fokus pada kebaikan… sebab itu seperti juga Astro, kalau kita fokus pada kebaikan yg ada pada Astro seperti Astro Awani, Bernama TV, National Geographic, Animal Planet, Astro Oasis dan sebagainya maka ianya amat bermanfaat utk menambah ilmu didada... Dengan adanya Youtube, Facebook, Twitter, Instagram, CIMB Cliks, Maybank2u, Lazada.com, Mudah.my dan pelbagai lagi laman web yang semakin mendapat tempat didalam masyarakat masa kini, mempunyai internet yang berkelajuan tinggi adalah perlu untuk kemajuan negara.

Sebab itu... internet adalah medium utk menimba ilmu... internet juga menyediakan bahan ilmian, bahan maklumat yang boleh membantu kita membuat sesuatu tugas, atau DIY (Do It Yourself) dan hanya menerusi internet sahaja pilihanraya ke-12 dulu menampakkan perubahan yang begitu besar pada corak pentadbiran beberapa negeri di Malaysia…ingatlah... INTERNET ADALAH SUMBER ILMU DI ABAD KE-21...

Sekian, terima kasih.

Shahrizan Hassan @ Sarjan Hassan

Ulasan