Beberapa ekor anjing telah memasuki taman perumahan ini beberapa minggu yang lepas. Pelbagai kaedah telah digunapakai oleh pihak AJK KRT RTU bagi menghindarkan taman ini dari dimasuki oleh anjing-anjing liar tersebut namun menemui jalan buntu.
Seorang penduduk taman dengan relahati telah mengirimkan faks kepada pihak MPKj bagi memaklumkan kepada mereka berkenaan masalah anjing liar ini yang didapati turut mengambil kasut jiran-jiran setempat. Hasil dari keluhan dan aduan penduduk maka pihak MPKj telah datang ke teman ini pada hari Rabu minggu lepas dan telah memasang perangkap bagi menjerat anjing liar ini. Kemungkinan besar ada beberapa ekor telah ditangkap oleh pihak MPKj namun ianya tidak sehabisnya.
Kami pihak AJK KRT RTU akan cuba untuk memasang perangkap dengan dibantu oleh pihak penduduk ditempat-tempat yang strategik dan kami berharap pihak penduduk juga turut dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya untuk memastikan anjing-anjing liar ini tidak lagi mengganggu kediaman kita termasuk membahayakan keselamatan anak-anak penduduk taman.
Sekian, terima kasih.
Admin,
Sarjan Hassan.

Ulasan
Catat Ulasan