Cabaran Unit Keselamatan Taman Raja Tun Uda di tahun 2018..

Alhamdulillah baru-baru ini pihak AJK Keselamatan taman yang diketuai oleh Encik Abdul Samad Bin Ismail, Encik Mohd Azham Bin Md Shaari, Encik Md Zamri Bin Hassan dan beberapa AJK yang lain telah mengadakan mesyuarat pada 5 Januari 2018 yang lalu.

 Didalam mesyuarat tersebut telah dibentangkan beberapa langkah bagi menangani beberapa masalah seperti kemasukkan pelawat ke taman Raja Tun Uda ini disamping kemasukkan anjing-anjing liar, kera dan juga khinzir hutan. Perkara ini sememangnya menjadi suatu perkara yang mengusarkan pihak AJK Keselamatan disebabkan ketiadaan pagar disepanjang tepi taman ini.

Encik Zairil Azlin Zainon iaitu pengerusi baru KRT Taman Raja Tun Uda dalam ucaptama beliau menerusi Program Santai & Makan @ Warga Taman Raja Tun Uda turut berikrar untuk memastikan keselamatan taman terpelihara dan memohon jasabaik YB Datuk Hj Johan ADUN Semenyih yang merasmikan program tersebut untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan.

Kami tidak menjanjikan bulan bintang kepada penduduk namun ikrar kami sebagai ahli jawatankuasa KRT Taman Raja Tun Uda sesi 2018/2019 ini untuk mempercepatkan proses pemasangan pagar diseluruh kawasan taman. Hanya dengan cara ini sahaja keselamatan penduduk dan keharmonian taman akan dapat dipelihara sepenuhnya.

 Semoga usaha-usaha kami dan pihak AJK Keselamatan KRT RTU khususnya akan dipermudahkan oleh Allah SWT dan semoga kita semua sebagai penduduk Taman Raja Tun Uda ini akan saling berganding bahu bantu-membantu kami dari semasa ke semasa bagi merealisasikan keselamatan dan keamanan ditaman ini terpelihara sehingga ke akhir hayat kita semua...




Ulasan