Program Santai & Makan @ Warga Taman Raja Tun Uda berjalan lancar.

Alhamdulillah, pada tanggal 11 November 2017 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Pemilihan Kepimpinan KRT Taman Raja Tun Uda yang baru... Didalam mesyuarat tersebut tugas menjadi Pengerusi KRT dari Wak Tukiran Ramli yang telah bertugas sepanjang sesi 2016/2017 kini diserahkan pula kepada timbalan beliau iaitu Encik Zairil Azlin Bin Zainon.

Pada 31hb Disember 2017, maka bermulalah episod baru bagi KRT Taman Raja Tun Uda bilamana Encik Zairil Azlin atau lebih mesra dipanggil Cikgu Zairil telah melaksanakan satu "Program Santai & Makan @ Warga Taman Raja Tun Uda". Program ini diadakan pada jam 9.00 malam bersempena sambutan Tahun Baru 2018.

Program ini amat bermakna sekali bagi seluruh penduduk Taman Raja Tun Uda kerana kehadiran YB Datuk Hj Johan Bin Abd Aziz, ADUN Semenyih yang telah berkesempatan hadir ke program tersebut sungguhpun mempunyai banyak lagi program pada malam tersebut iaitu di Putrajaya. Apa yang pasti beliau telah memberikan satu komitmen yang tidak dapat dibalas akan pihak ahli jawatankuasa KRT Taman Raja Tun Uda.


Dikesempatan itu juga YB Datuk Hj Johan Bin Abd Aziz ADUN Semenyih telah memberikan amanat beliau dimana ada dua wad bersalin dan wad kanak-kanak akan dibuka di Sg Jelok bagi mengantikan kepadatan wad bersalin dan kanak-kanak ini di Hospital Kajang. Ini salah satu berita baik bagi penduduk sekitar semenyih yang diperolehi dari ucapan beliau. Sungguhpun banyak lagi berita-berita lain yang turut memberikan kelegaan kepada seluruh penduduk sekitar semenyih, Ybhg YB Datuk Hj Johan Bin Abd Aziz ADUN Semenyih sempat berjanji untuk membantu sedaya mungkin Pengerusi baru KRT RTU ini sekiranya ada sebarang masalah selepas ini. 

Dikesempatan itu juga Cikgu Zairil turut memberikan berucap dan memohon kepada YB Datuk Hj. Johan untuk mendapatkan bantuan bagi menyediakan pagar diseluruh kawasan taman ini. YB Datuk turut bersetuju untuk membantu permohonan Pengerusi tersebut. Sama-sama kita doakan agar taman kita ini dapat dipagarkan segera agar masalah kemasukkan anjing dan baru-baru ini dikatakan khinzir pun turut memasuki kawasan taman. 

Program diteruskan lagi dengan jamuan santai dimeriahkan juga dengan potluck dari penduduk taman yang sudi menyediakan juadah.. terima kasih diucapkan atas kerjasama dan keprihatinan dari seluruh warga taman. Mudah-mudahan selepas ini akan ada banyak lagi program seumpama ini yang dapat mengeratkan kemesraan dan silaturahim diantara seluruh penduduk. 

Sekian sahaja laporan saya, Shahrizan Hassan Unit Informasi dan Multimedia KRT RTU.


















Ulasan