Pihak AJK KRT Taman Raja Tun Uda ingin mengucapkan tahniah dan syabas terhadap Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mewakili Pakatan Harapan yang telah menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah begitu lama memerintah negara.
Bermula kini suatu pengalaman baru didalam sistem demokrasi negara Malaysia apabila kerajaan Barisan Nasional yang ketika dulu begitu sukar ditumbangkan atas pelbagai persepsi dan pelbagai isu kini telah berjaya ditumbangkan oleh Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno yang memerintah negara selama 22 tahun dahulu.
Saya sebenarnya masih lagi ingat suatu ketika disekolah lama saya dahulu, Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi (sekolah yang sama juga tempat saya mengundi untuk PRU-14 ini sebab tak tukar alamat lagi) didalam perasmian pembukaan sekolah tersebut yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketika itu sememangnya saya begitu teruja mendengar ucapan dan amanat beliau kepada Guru-guru dan ibubapa yang hadir dan saya begitu yakin dan percaya beliau sememangnya seorang yang pandai berpidato dan pandai memberikan ucapan tanpa melihat sebarang teks pun!...
Tun Dr Mahathir sebenarnya seorang yang banyak membaca dan seorang yang genius didalam berkata-kata. Dan bagi mereka yang mengerti bahawa membaca merupakan jambatan ilmu sudah tentu akan faham biasanya orang yang kuat membaca dan kuat ingatannya akan mudah untuk memberikan sebarang ucapan yang boleh memberikan aura kepada pendengarnya. Saya teringat juga hanya dengan suara yang merdu bulu roma kita boleh meremang!... Inilah kekuatan suara yang Allah SWT berikan kepada setiap manusia.
Dikesempatan ini, suka juga pihak AJK KRT RTU mengingatkan kepada semua barisan ahli jawatankuasa KRT RTU agar bersedialah untuk menerima kehadiran Penaung dan Penasihat KRT yang bukan lagi dari Barisan Nasional tetapi dari Pakatan Harapan. Dan pihak AJK KRT RTU juga berharap tidaklah ada perrbalahan dan persengketaan diantara kita dengan kehadiran bos KRT yang baru ini. Hidup mesti diteruskan dan kita berpaksikan siapa yang jadi pemimpin kita, maka merekalah yang akan kita ikuti. Marilah kita semua bina semula kesepakatan dan kesepaduan dikalangan kita dan marilah kita raikan perbezaan pendapat diantara kita sebagai suatu rahmat untuk sekelian alam.
Sekian, terima kasih
Shahrizan Hassan @ Sarjan Hassan
Administrator,
Unit Multimedia dan Informasi KRT RTU.

Ulasan
Catat Ulasan