Pemilihan Kepimpinan KRT Taman Raja Tun Uda Sesi 2016-2017

Pejam celik pejim celik dah 2 tahun Pengerusi KRT Taman Raja Tun Uda kita, sdr Mohd Sani Mohd Nor memegang jawatan tertinggi didalam KRT iaitu selaku Pengerusi.

Dua penggal yang penuh dengan cabaran dan rintangan bilamana pada tahun itulah kita mengadakan acara Sambutan Hari Merdeka Raya dan juga Sambutan Majlis Hari Raya Zon KRT Semenyih...

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pengerusi kita dan juga rakan sekerja beliau iaitu para ahli jawatankuasa KRT yang berdiri teguh dibelakang beliau selama ini dan juga kepada seluruh penduduk Taman Raja Tun Uda yang telah berganding bahu, bertungkus lumus melakukan tugas yang diamanahkan tanpa dibayar sesen pun...

Saya percaya bahawa tanpa kehadiran tuan pengerusi kita ini yang pernah mengatakan "saya memegang jawatan ini hanyalah kerana ingin membantu kenkawan saya sahaja".. dengan menghidupkan KRT Taman Raja Tun Uda maka KRT Taman Raja Tun Uda tidak mungkin menjadi se'gah' hari ini...

Kini persoalan timbul siapa bakal meneruskan legasi perjuangan dan keutuhan KRT RTU ini selepas ketiadaan beliau sebagai pengerusi?... Persoalan ini ada dibincangkan sebentar di bilik mesyuarat semalam namun jawapan yang benar-benar pasti belum lagi ditemui...

Marilah bersama-sama kita kembalikan kesejahteraan dan keharmonian dikalangan kita sebagai warga Taman Raja Tun Uda agar Taman ini akan sentiasa Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di seluruh KRT Zon Semenyih ini...

Sekian, Wabillahi taufik Walhidayah Wassalamu'alaikum WBT.

Pencatat Minit Mesyuarat Akhir.

Sarjan Hassan.



Ulasan