Isu keselamatan taman sesuatu yang sangat penting di Taman Raja Tun Uda...

Aspek keselamatan merupakan isu penting dalam kehidupan masyarakat tidak kiralah samada di bandar mahupun di luar bandar. Pengukuran aspek keselamatan ini seringkali digunakan oleh penyelidik sebagai faktor pengukur tahap kesejahteraan hidup penduduk. Bagi kawasan perumahan yang mempunyai pagar disekelilingnya maka ini sudah tentu memudahkan kawalan keselamatan. 

Namun bagi kawasan yang tidak mempunyai pagar.. sesuatu harus dilakukan untuk mengatasi masalah berlakunya pencerobohan dan pecah rumah. Sejak kebelakangan ini proses pembandaran negara dilihat begitu rancak, ekoran daripada pengenalan Program Transfomasi Negara, Model Ekonomi Baru dan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 yang akan membawa Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 (Malaysia, 2010). 


Semua agenda ini akan memberi impak positif ke atas pembangunan pembandaran negara untuk terus berkembang. Jika kita melihat kepada terbinanya Kawasan Pentadbiran Kerajaan di Putrajaya atau dahulunya dikenali sebagai Kampung Abu Bakar Banginda disini kita akan melihat kebanyakkan kawasan perumahan seperti di Bandar Kajang kini berkembang menjadi Bandar Kajang 2, kawasan perumahan di Bandar Baru Bangi yang suatu ketika dahulu dipenuhi dengan ladang kelapa sawit kini telah pesat membangun dengan kawasan perindustrian, kawasan pendidikan tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, UNITEN, ILKAP dan sebagainya lagi… 

Disebabkan kepadatan penduduk melayu yang kian bertambah dan bercambah.. kawasan seperti Semenyih, Nilai, Bandar Rinching, Beranang, Broga, Bangi Lama turut terkesan dan kini berkembang dengan kawasan perumahan. Disebabkan banyaknya kawasan perumahan ini maka aktiviti pecah rumah, aktiviti kecurian kian berleluasa. Bagi memastikan kawalan keselamatan di Taman Raja Tun Uda ini yang pernah beberapa kali dimasuki pencuri, perompak dan penyamun, maka Pondok Kawalan Keselamatan (Securtiy Guard) perlu diwujudkan. 

Dengan bayaran serendah RM50 sebulan kadar pecah rumah, kacdar kecurian berjaya diminimumkan. Semua pihak sedar bahawa aspek keselamatan adalah salah satu elemen penting yang amat diutamakan oleh sesebuah kawasan kediaman. Ia juga meningkat tahap kesedaran (Sence of Awareness) tidak kira dimana jua kita berada. 

Dengan peningkatan kes-kes jenayah seperti pecah rumah, rompak, culik, rogol dan sebagainya, kita perlu memikirkan cara yang praktikal dan berkesan untuk membenteras seterusnya mengelakkannya dari berlaku kepada kita sekeluarga. Tiada sesiapa pun yang mahu menanggung kos keselamatan jika mereka tidak memikirkan keselamatan mereka sendiri dan keluarga. Jika kerajaan menerusi PBT boleh memberikan dana untuk pembayaran kos keselamatan ini sudah barang tentu perkara ini akan menyenangkan penduduk taman semua namun hakikatnya kos kos inilah yang akan kita tanggung kemungkinan ke akhir usia kita. Tiada siapa juga boleh menafikan dengan kewujudan kawalan keselamatan ianya sedikit sebanyak dapat membantu usaha-usaha polis untuk membenteras jenayah. 

Dengan adanya perkhidmatan keselamatan, sedikit sebanyak kita dapat berasa selesa dan mengetahui bahawasanya ada pihak yang menjaga harta, kawasan kediaman dan keluarga yang disayangi. Secara tidak langsung, kita dapat keluar bekerja dengan ceria; serta kembali ke rumah pada bila–bila masa dalam suasana yang tenang dan aman, tanpa ada perasaan takut akan risiko keselamatan anda mahupun keluarga tergugat. 

 Dengan adanya pengawal keselamatan juga, kita dapat meminimumkan kebarangkalian berlakunya sebarang kes jenayah. Kehadiran pengawal keselamatan ini juga, sedikit sebanyak dapat menyulitkan sebarang perancangan jenayah oleh individu–individu tertentu. Dengan adanya rondaan 24 jam, sekurang–kurangnya kadar jenayah dapat dikurangkan dan pemantauan berterusan oleh pihak keselamatan dapat menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa (POLIS). 

 Kejayaan dan keberkesanan perkhidmatan keselamatan sesebuah taman perumahan juga bergantung kepada keperihatinan dan kerjasama daripada setiap penduduk untuk melunaskan bayaran penyelenggaraan atau bayaran perkhidmatan dengan kadar segera demi keselamatan satu taman. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir penduduk yang tidak mahu menjadi ahli persatuan apatah lagi membayar untuk perkhidmatan keselamatan. 

Malahan, ada dikalangan penduduk tidak tahu adanya jenayah berlaku di kawasan mereka. Keperihatinan terhadap institusi kejiranan adalah penting demi untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni, aman dan damai. Janganlah bila dah berlaku kepada keluarga mereka barulah nak tengadah.

Ulasan

  1. setiap orang mempunyai jawapannya tersendiri mengapa mereka bersetuju atau sebaliknya...

    BalasPadam

Catat Ulasan