Masalah Penjagaan Binatang Peliharaan seperti kucing di RTU

Kedapatan segelintir penduduk Taman Raja Tun Uda yang memelihara kucing namun tidak menyediakan keperluan untuknya seperti tempat berak,  tempat makan dan minum sudahnya menyebabkan kucing kucing ini mencari rumah jiran untuk berak dan sebagainya.

Tindakan ini sememangnya mengundang marah sesetengah penduduk manakan tidak saban hari dan saban waktu terhidu bau yang kurang menyenangkan disamping perlu membersihkan laman rumah yang terkena berak atau tahi kucing tadi.. Adakalanya sampai berhari hari dan berminggu minggu perlu melakukan perkara yang sama..  


Sebagai manusia siapa sanggup berdepan dengan cabaran ini?!

Justeru,  sama samalah kita masyarakat yang prihatin dan saling bantu membantu antara satu sama lain agar janganlah membebankan kejiranan kita dengan masalah kucing ini lagi.  Jika ingin memelihara kucing maka sediakanlah tempat makan dan minum serta beraknya sekali seperti gambar di bawah.  

Sekian,  terima kasih kerana mendengar keluhan salah seorang penduduk dikejiranan ini.  

Wassalam.

Ulasan