Perlantikan Ahli Jawatankuasa Yang baru didalam keluarga besar AJK KRT RTU

Dimaklumkan bahawa dengan ini pihak pengurusan AJK KRT Taman Raja Tun Uda telah melantik 3 lagi ahli keluarga baru didalam memantapkan lagi tugasan KRT Taman Raja Tun Uda iaitu Saudara Haszuan Mohd Nasir, saudara Mohd Fadzly begitu juga dengan saudara Yusri Rumah No. 28 Jalan 1.

Saudara Haszuan atau lebih dikenali sebagai Wan Sopah bakal memberikan harapan baru kepada seluruh penduduk taman dimana sistem pembayaran secara online akan beliau kendalikan didalam masa terdekat.


Semoga dengan ini masalah pembayaran security guard dapat disingkatkan dan seterusnya memudahkan pengurusan pihak Bendahari KRT RTU iaitu Cikgu Zairil kelak.

Semoga dengan perlantikkan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim serta dapat mengimarahkan lagi pasukan pimpinan Sdr Mohd Sani Mohd Nor yang merupakan Pengerusi KRT Taman Raja Tun Uda 2014-2015... Sekian, wassalam.

Ulasan